Wednesday, August 20, 2008

WAKTU MUSTAJAB UNTUK BERDOA..



Selain usaha dan tawakal, doa ialah satu-satunya cara untuk mencapai sesuatu hajat. Ada waktu-waktu tertentu paling mustajab untuk berdoa kepada ALLAH s.w.t. Di antaranya ialah:-

1. Semasa Lailatul-Qadar.
2. Ketika hujan turun.
3. Ketika memulakan dan setelah selesai solat.
4. Ketika menghadapi barisan musuh di medan peperangan.
5. Di tengah malam.

6. Di antara azan dan iqamah.

7. Ketika sujud dalam solat.

8. Ketika iktidal akhir dalam solat.

9. Ketika khatam (tamat) membawa 30 Juz al-Quran.

10. Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga
akhir (waktu sahur).
11. Malam Jumaat dan sepanjang hari Jumaat kerana
mengharapkan bersua dengan saat ijabah (diperkenankan doa) yang terletak di antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.
12. Di antara waktu zuhur dan asar dan antara waktu laillahhaillah.


p/s : Berdoalah kepada Allah, kerana doa itu adalah senjata mukmin..




RENUNGAN BUAT DIRI INI YANG SELALU ALPA DAN LEKA...



KENAPA AKU DIUJI?


"Apakah manusia itu mengira bahawa

mereka dibiarkan saja mengatakan;

"Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji?

Dan sesungguhnya kami telah menguji

org2 yg sebelum mereka,

maka sesungguhnya Allah mengetahui

org2 yg benar dan sesungguhnya

Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3



KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu

padahal ia amat baik bagimu,

dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,

padahal ia amat buruk bagimu,

Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." -

Surah Al-Baqarah ayat 216



KENAPA UJIAN SEBERAT INI?


"Allah tidak membebani seseorang itu

melainkan sesuai dengan kesanggupannya." -

Surah Al-Baqarah ayat 286



RASA KECEWA?


"Jgnlah kamu bersikap lemah,

dan jgnlah pula kamu bersedih hati,

padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya,

jika kamu org2 yg beriman." -

Surah Al-Imran ayat 139



BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?


"Wahai orang-orang yang beriman!

Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran

dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan),

dan kuatkanlah kesabaran kamu

lebih daripada kesabaran musuh,

di medan perjuangan), dan bersedialah

(dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan)

serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya,

kamu berjaya (mencapai kemenangan)." -

Surah Al-Imran ayat 200 "


Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)

dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;

dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat

kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" -

Surah Al-Baqarah ayat 45



APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?


"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri,

harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... .. -

Surah At-Taubah ayat 111



KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?


"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya.

Hanya kepadaNya aku bertawakkal." -

Surah At-Taubah ayat 129



AKU TAK DAPAT BERTAHAN!!!


"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.

Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah

melainkan kaum yg kafir." -

Surah Yusuf ayat 12




Tuesday, August 19, 2008

MUKJIZAT ALLAH..



"Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan,

maka bagi Allah-lah kemuliaan itu semuanya.

Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik

dan amal yang saleh dinaikkan-Nya.

Dan orang-orang yang merencanakan kejahatan

bagi mereka azab yang keras.

Dan rencana jahat mereka akan hancur."

(
Fatir :: 10)




NUKILAN RASA




Pandanglah ke langit tinggi,

walau mustahil untuk diterokai

namun akhirnya berjaya dijejaki..



Pandanglah bulan yang bercahaya

walaupun jauh nun di sana,

Namun sinarnya mampu menyentuh permukaan

wajah dan diri kita..



Renungilah lautan dalam yang luas terbentang,

walaupun jauh ke dasar,

namun tetap cantik di pandang

Kerana semuanya ciptaan Tuhan..

Tiada terlawan oleh Dzatnya..

Tiada terduga oleh Hijabnya..

Dek renungan mata yang alpa..


Bingkisan Rindu:
Nurhidayati..2008






"Kita bukanlah boneka,

yang bergerak mengikut rentak tari,

kita bukan patung,

yang terdiam menyepi sendiri..

dan ..

kita bukanlah yang abadi...

kelak kita akan meninggalkan pergi segala yang ada di sisi

pada hari ini..."



Bingkisan Rindu:
Nurhidayati..2008




Monday, August 18, 2008

My New Blog..


CABARAN BARU BERMULA..2009